Monday, October 29, 2001

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Hujan lebat lebih lima jam di Kuala Lumpur menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air, semalam.

Kejadian banjir yang dianggap antara yang terburuk di ibu negara pada tahun ini menyebabkan banyak kerugian harta benda.

Ia juga memaksa polis menutup beberapa jalan yang dinaiki air sehingga menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk selama hampir tiga jam selepas waktu pejabat.

Keadaan ini memaksa pasukan penyelamat bekerja keras memindahkan orang ramai yang turut terperangkap dalam banjir ke tempat yang lebih selamat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home